Media massa Brunei

Media di Brunei sangat memihak kepada kerajaan. Negara ini juga mendapat status "Negara Tidak Bebas" oleh sebuah organisasi antarabangsa iaitu Freedom House.[8] Kritikan kepada kerajaan oleh pihak akhbar juga amat jarang. Kerajaan Brunei juga memiliki dan mengendali beberapa buah saluran radio dan televisyen dengan pengenalan TV digital yang menggunakan DVB-T2.[7]

Televisyen dan radio

  • Antara saluran televisyen yang dimiliki oleh pihak kerajaan Brunei ialah:
  • Pihak kerajaan Brunei juga mengendalikan lima stesen radio iaitu:
    • Nasional FM (.نسيوڽل ف.م)
    • Pilihan FM (.ڤيليهن ف.م)
    • Pelangi FM (.ڤلاڠي ف.م)
    • Harmoni FM (.هرموني ف.م)
    • Nur Islam FM (.‍‍‍‍‍‍نور اسلام ‌‌ف.م)[7]

Sebuah syarikat penyiaran swasta dari Malaysia, ASTRO dengan usahasama sebuah syarikat dari Brunei, Kristal Sdn Bhd telah menyediakan perkhidmatan televisyen kabel (TV Kabel) berbayar dan radio di negara itu yang dikenali sebagai Kristal-Astro dan Kristal FM.[7]

Akhbar

Sebuah syarikat penerbitan dan percetakan iaitu Brunei Press Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 1953 setelah mendapat kebenaran kerajaan. Syarikat ini menerbitkan akhbar berbahasa Inggeris pertama negara itu iaitu Borneo Bulletin. Pada awalnya, akhbar itu diterbitkan setiap minggu. Pada tahun 1990, akhbar itu telah diterbitkan setiap hari dan menjadi sumber utama maklumat tentang hal ehwal tempatan dan luar negara. Selain Borneo Bulletin, terdapat juga akhbar Media Permata yang merupakan akhbar tempatan berbahasa Melayu yang diterbitkan pada setiap hari. Brunei Times, sebuah akhbar bebas dalam bahasa Inggeris juga telah diterbitkan oleh syarikat Brunei Times Sdn. Bhd., syarikat milik sekumpulan ahli perniagaan terkemuka di Brunei.[perlu rujukan]